Di Kelab Pidato Kuala Lumpur..

Salam Sejahtera rakan-rakan Toasmaster..

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus.. bagaimana aku tak kurus, perut aku sakit.. pernah dengar petikan lagu ini bukan.. Ia adalah lagu rakyat yang menceritkan perihal bangau yang saling menyalahkan orang lain.. Tersenyum panjang saya pagi ini mengingat kembali kepetahan pemidato Saudari Tharwah Kasim yang menceritakan perihal bangau dan pengalaman beliau..

Saya agak tertarik dengan istilah yang di berikan oleh beliau.. "Jangan membangaukan diri".. tergelak sakan saya.. walaupun ucapan beliau semalam sedikit melucukan, tetapi ada pesanan tersirat yang telah di sampaikan.. Ya, kenapa perlu kita menyalahkan orang lain, kenapa tidak diri sendiri..? Adakah kita sempurna seperti Malaikat dan para Anbia? Setiap individu di dunia ini mempunyai keistimewaan masing2.. Dah lumrah kejadian manusia, ada kelemahan dan kekuatan.. Yang penting, kita harus memperbaiki diri sendiri..

Kali pertama menjejak kaki di sana.. saya agak terkejut dengan keramahan Bentara Kim Chow mengalu-alukan kedatagan saya, saudara Fakhrul dan Badrul... Melihat gimik beliau yang bersahaja mengedalikan majlis dengan berkebaya biru bersanggul pula membuatkan saya terpegun.. Teringat pula Baba dan Nyoya di Melaka.. Dondang Sayang.. :> Tidak lupa kepada Presiden kelab pidato Dato' Dr Kaisan yang memberi semangat dan inspirasi kepada semua menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.. Saya berasa seronok dan gembira..

Melihat kepada pertuturan bahasa Melayu saya, beberapa aspek perlu di perbaiki iaitu cara penyampaian dan penggunaan bahasa.. Rakan2 sekalian, jika anda ingin mengukur sejauh mana tahap penggunaan bahasa melayu anda, jom kita ke Kelab Pidato Kuala Lumpur..
Oleh itu, "Jangan membangaukan diri sendiri"..

Sebuah pengalaman Seribu Kenangan..

"BAHASA JIWA BANGSA"

Salam...

RAZIF

Comments

Faqrul said…
Salam 1Malaysia dan Salam Keamanan Sedunia..

Seperti yang diterangkan mungkin bahasa bukanlah satu penghalang dalam sesuatu ungkapan dan persembahan..

Membangaukan diri adalah istilah baru yang telah dievolusikan, kerana ianya telah dipercayai diguna pakai dari zaman hang tuah lagi.. Masih ingatkah tuan hamba dengan peristiwa hang tuah dan hang jebat.

Apa yang hendak di ketengah kan disini bahasa tidak menghalang atau menjadi batu penghalang dalam komunikasi..

"Percaya, lakukan dan perbaiki".

Popular Posts